kami menyediakan maklumat jawatan kosong kerajaan dan swasta bagi memudahkan pencarian anda

langgan maklumat terus ke email anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Lots of people think that the job market is flat; that there are no job opportunities, but the truth is there are plenty of job vacancies available. You just need to know how to do a job search for these job vacancies effectively.

- PLKN program khidmat negara

| |

JAWATAN KOSONG


JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA
KEMENTERIAN PERTAHANAN
MALAYSIA

TAWARAN UNTUK MENGISI LANTIKAN SECARA KONTRAK DAN SAMBILAN DI JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA, KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA

1. Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Kementerian Pertahanan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia untuk mengisi lantikan secara kontrak dan sambilan di Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Kementerian Pertahanan Malaysia.

2. JAWATAN A : TIMBALAN KOMANDAN (LATIHAN) N41 (KONTRAK)

Kod Jawatan : N41K
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Skim Perkhidmatan : Kontrak
Gaji : P1T1 RM1469.81 - P1T27 RM4035.01
P2T1 RM1552.09 - P2T27 RM4277.01
P3T1 RM1638.00 - P3T27 RM4539.58

Syarat Lantikan 1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut:

(a)warganegara Malaysia;

(b)berumur tidak kurang dari 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan; atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: P1T3); atau

(iii) ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: P1T4); atau

(iv) bekas anggota beruniform serta mempunyai pengalaman dalam bidang
latihan dan pengurusan sekurang-kurangnya 10 tahun.

dan (d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.

(Calon-calon yang berkelayakan dari sektor swasta, universiti dan pesara kerajaan yang mempunyai pengalaman dalam bidang latihan adalah
digalakkan untuk memohon)

3. JAWATAN B: PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27 (SAMBILAN)

Kod Jawatan : N27S
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Skim Perkhidmatan : Sambilan
Gaji : RM41.90 sehari beserta Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) RM7.00 sehari

Syarat Lantikan 1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut:-

(a)warganegara Malaysia;

(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

(ii)diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.

(iii) diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.

dan (d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.

4. JAWATAN C: PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S17 WANITA (KONTRAK)

Kod Jawatan : S17K
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Sosial
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Skim Perkhidmatan : Kontrak
Gaji : P1T1 RM656.30 - P1T24 RM1721.10
P2T1 RM697.40 - P2T24 RM1817.90
P3T1 RM739.79 - P3T24 RM1918.33

Syarat Lantikan 1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut:-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan dengan kepujian dalam subjek Agama Islam atau lulus
Bahasa Arab; atau

(ii) Sijil IV Thanawi atau Sijil Tinggi Agama daripada sekolah agama bantuan
penuh kerajaan;

dan (d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.

5. JAWATAN D: PEMBANTU TADBIR N17 (SAMBILAN)

Kod Jawatan : N17S
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Skim Perkhidmatan : Sambilan
Gaji : RM28.50 sehari beserta Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) RM5.00 sehari

Syarat Lantikan 1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut:-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan;

(ii) Sijil Perancang Bandar dan Wilayah daripada UiTM yang diiktiraf
oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(iii)Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan.

(iv) sijil dalam bidang kejuruteraan ukur tanah atau perancang bandar
dan wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

dan (d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setarafdengannya oleh kerajaan.

(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan
komputer dan/atau mengambil trengkas).

6. CARA MEMOHON

6.1 Calon-calon yang berminat boleh memohon dan mengisi borang JLKN/PSM 01 yang
boleh didapati di pejabat JLKN seperti alamat di bawah:

Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Latihan Khidmat Negara
Kementerian Pertahanan Malaysia
Aras 9, Menara TH Selborn
153 Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR

Tel:03-2687 3444/418/452/450
Faks:03-2685 2022

Borang permohonan JLKN/PSM 01 juga boleh di muat turun melalui laman web JLKN iaitu www.khidmatnegara.gov.my


6.2 Dokumen yang perlu disertakan sekali semasa menghantar borang permohonan:

6.2.1 Sekeping gambar berukuran pasport;
6.2.2 Salinan Kad Pengenalan, Surat Beranak, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil-sijil
Persekolahan/Diploma/Ijazah serta lain-lain dokumen berkaitan yang telah disahkan
benar dari salinan asal
; dan
6.2.3 Maklumat peribadi (Resume).

7. TEMUDUGA

7.1 Hanya calon yang terpilih akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga.

8. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

8.1 Tarikh tutup permohonan: Terbuka sepanjang masa.

CARA MEMOHON

1.Borang JLKN/PSM 01


JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA
KEMENTERIAN PERTAHANAN
ARAS 8-10 MENARA TH SELBORN
153 JALAN TUN RAZAK
50400 KUALA LUMPUR
DIBANGUNKAN OLEH
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT JLKN™
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2006 JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA
TEL: 03-26873400 FAKS: 03-26873434


Blog Archive